Petik dari : Dr. Rani’s blog

Ahli Parlimen Klang YB Charles Santiago bersama-sama ADUN Meru YB Dr Hj Abd Rani bin Hj Osman telah mengadakan lawatan di Perpustakaan Awam Klang pagi tadi.

Mereka telah di sambut oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ( PPAS ), Puan Mastura bt Hj Muhamad dan Penolong Pegawai Perpustakaan Klang, Puan Sharifah Nur Asyikin.

M>enurut Dr Rani, pihaknya menyumbang beberapa buah buku berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang bernilai RM 2,500.00 sementara YB Charles menyumbang buku-buku berbahasa India dan Cina yang juga bernilai RM 2,500.00

Puan Mastura berharap masyarakat Malaysia berbilang kaum dapat menjadikan perpustakaan sebagai ‘rumah kedua’ dan beliau berharap setiap keluarga dapat memupuk minat membaca dalam ahli keluarga mereka.

Dr Rani yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Membaca Daerah Klang akan menganjurkan Program Gerakan Membaca Daerah Klang yang akan berlangsung pada 4 hb Julai di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah Klang.

Dihantar oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru jam Jumaat, Jun 26, 2009
Tagged with →  
Share →