Sumber : Majlis Perbandaran Klang
Pemantauan telah dibuat sejak 18.09.08 sehingga kini (Julai 2009) di mana sepasukan unit penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Klang bersama anggota bomba turut turun padang dalam memantau dan memadam kebakaran yang berlaku di kawasan sekitar Johan Setia. Difahamkan Sepasukan Bomba telah memberi bantuan setiap kali ada aduan dan kebakaran yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Sila klik di sini untuk laporan terkini
Punca-punca kebakaran adalah dari pengusaha pengusaha ladang, pekerja pekerja kebun, pembakaran hutan yang baru diterokai, kebakaran belukar dan pembakaran berkelompok. Walaubagaimanapun pembakaran terbuka yang berlaku masih dapat dikawal dengan baik oleh pihak Majlis dan juga dengan bantuan penduduk dan bomba. Penguatkuasa MPK sentiasa menjalankan siasatan dan rondaan hampir setiap hari di sekitar kawasan aduan ,juga di sekitar jalan Johan Setia,Jalan Kebun dan taman taman. Aduan pembakaran terbuka boleh di ajukan kepada Talian Adaun 24 jam, 03 33714404 untuk tindakan seterusnya.
Gambar menunjukkan operasi pengawalan kebakaran yang sedang dilakukan oleh pihak yang terlibat.
Pasukan bomba tiba di kawasan kebakaran Unit Penguatkuasa dan Pasukan Bomba Bertungkus-lumus Untuk Memadamkan Kebakaran Yang Berlaku
Unit Penguatkuasa MPK dan Pasukan Pasukan Bomba dan Penguatkuasa Telah Bomba Membersihkan Kawasan Kebakaran. Selesai Menjalankan Tanggungjawab Untuk Membantu Memadamkan Kebakaran Tersebut.
Laporan Pemantauan Terkini Pembakaran Terbuka di JOHAN SETIA
| Mei 2009 | |
| Jun 2009 | |
| Julai 2009 | |
