Mengapakah saya perlu menyemak butiran mengundi?

Di pejabat kami untuk Ahli Parlimen Klang, kami telah menerima beberapa aduan mengenai penyelewengan terhadap status mengundi. Di bawah adalah beberapa contoh bagaimanapa penyelewengan tersebut boleh berlaku.

 

a)      Warganegara yang layak mengundi dan telah mendapati bahawa nama-nama mereka telah hilang daripada pangkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

b)      Beberapa pengundi telah disedari tentang hakitat bahawa nama mereka telah dipindahkan kepada kawasan lain tanpa mereka memohon untuk sebarang pertukaran.

c)       Terdapat juga kes di mana orang telah mendakwa bahawa mereka tidak pernah memohon untuk didaftar sebagai pengundi di Malaysia tetapi telah mendapati bahawa nama mereka wujud dalam pangkalan data SPR.

 

Bagi memastikan perkara yang disebut di atas tidak berlaku kepada anda, adalah dinasihatkan supaya anda berwaspada dan sentiasa menyemak status pengundian anda.

 

Di manakah boleh saya memeriksa status pengundian saya?

Cara terbaik adalah untuk menjalankan pemeriksaan di laman web SPR, iaitu di spr.gov.my

 

Bagaimanakah status butiran saya dikemaskini?

SPR membuat pengemaskinian mengenai maklumat pengundi pada setiap suku tahun, biasanya pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Sebelum pengemaskinian menjadi kekal, maklumat yang baru akan dipaparkan. Perkara ini dinamakan sebagai Rang DPT. Sebelum pengemaskinian diumumkun, sesiapa boleh mewawarkan pembantahannya.

 

Keadaan yang manakah akan mengakibatkan nama seorang pengundi dikeluarkan?

Pengundi akan dikeluarkan atas beberapa sebab.

a)      Pengundi telah meniggal dunia

b)      Hilang kewarganegaraan.

c)       Menyertai angkatan tentera, polis ataupun menjadi pengundi serahan, walaubagaimanapun, mereka akan ditukar menjadi pengundi pos.

d)      Maklumat pengundi tidak wujud di dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara.

e)      Disebabkan oleh pengaduan awam. Walaupun begitu, proses ini tidak begitu ketara. Pada masa yang lalu, SPR telah mengeluarkan nama yang tidak lengkap maklumatnya ataupun nombor IC yang bercanggah. SPR telah mengekalkan bahawa mereka tidak berkuasa untuk mengeluarkan pengundi selain daripada akibat kematian ataupun hilang kewarganegaraan. Ramai yang telah mempertikaikan perkara ini.

 

Bagaimanakah penipuan berlaku?

Apabila Kad Pengenalan yang bercanggah diedarkan, terdapat orang yang boleh mengundi menggunakan Kad Pengenalan anda. Terdapat juga keadaan di mana kertas undi diganggu jadi tolong berwaspada tentang perkara ini.

 

Apakah itu PACABA?

PACABA adalah akronim bagi ‘Polling Agents’ (Agen Mengundi), ‘Counting Agents’ (Agen Pengira), dan ‘Barong Agent’ (Agen Barong). Mereka adalah orang yang anda akan menghadapi semasa anda mengundi pada hari pilihan raya.

 

Bukankah anda sudah ada ‘PACABA’ untuk memantau semasa Pilihan Raya?

Ya betul, tetapi kami memerluka sebanyak mungkin. Hal ini demikian kerana untuk kawasan P110 Klang, jumlah PACABA yang diperlukan hamper 600 orang. Perkara ini disebabkan oleh bilangan saluran yang tinggi dan jikalau sebarang penipuan berlaku, ataupun jika PACABA perlu berehat seketika, penyelewengan boleh dielak. Jadi, jika anda mampu, tolong menawarkan diri untuk menjadi seorang PACABA. Sebaik mungkin, kami memerlukan rizab PACABA yang tinggi jika terdapat keadaan di mana seorang itu tidak dapat menghadirkan diri semasa Pilihan Raya.

 

Apakah yang perlu saya buat jika saya pernah mengundi tetapi nama saya tidak lagi tertera di dalam pangkalan data SPR?

Anda boleh melaporkan kepada kami walaupun anda tidak mengundi di P110 Klang. Kami akan menolong anda. Sila menghubungi nombor telefon 03-33232122.

 

Apakah boleh saya buat jika nama saya dipindahkan ke kawasan lain?

Jika situasi ini berlaku dalam tempoh ‘bantahan’, anda boleh membantah atau menghubungi pejabat kami dengan nombor yang tertera.

 

Apakah maksud pengundi hantu?

Istilah ‘Pengundi Hantu’ merujuk kepada pengundi yang hadir untuk mengundi pada hari Pilihan Raya dengan menggunakan Kad Pengenalan yang palsu serta nama pengundi yang ada dalam senarai pengundi tempatan. Orang-orang ini mungkin tidak layak untuk mengundi tetapi telahpun memperolehi Kad Pengenalan yang palsu dan mengundi menggunakan nama orang lain.

 

Berdasarkan pengetahuan saya, bukankah pihak SPR akan memeriksa Kad Pengenalan sebelum seseorang itu dibenarkan mengundi?

Perkara ini adalah benar. Walaubagaimanapun, sekeping Kad Pengenalan senang untuk disalinkan dan digunakan oleh orang lain sepertimana yang dihebohkan di Suruhanjaya Siasatan Diraja di Sabah baru-baru ini. Kad Pengenalan yang kosong boleh dibeli dengan mudah dan dicetak dengan mesin pencetak yang biasa. Walaupun Kad Pengenalan Malaysia terdapat beberapa unsur keselamatan, kebanyakkannya tidak diperiksa pada hari pengundian. Selain itu, seorang PACABA tidak mempunyai akses kepada Kad Pengenalan yang menjadikan proses pengesahan di luar kawalan PACABA.

 

Adakah terdapat kemungkinan bahawa nama saya terdapat dalam pangkalan data SPR jika saya tidak pernah mendaftar sebagai seorang pengundi?

YA, kami telah menerima beberapa aduan mengenai situasi sebegini. Oleh kerana SPR tidak mendaftar pengundi secara automatic anda perlu sentiasa mensyaki perkara sebegini. Sebaliknya, terdapat juga kemungkinan di mana saudara-mara telahpun mendaftarkan seorang tersebut. Walaubagaimanapun, jika anda telah didaftarkan oleh orang lain, terdapat kemungkinan besar bahawa orang yang dikatakan tersebut akan menggunakan Kad Pengenalan anda dan mengundi bagi pihak anda. Oleh yang demikian, jika anda mendapati nama anda telah didaftarkan sebagai seorang pengundi tanpa pengetahuan anda, cuba hadir seawall mungkin ke lokaliti mengundi anda.

 

Pada masa kini, saya tinggal di luar negara. Bolehkah saya mengundi?

Pada bulan Januari 2013, SPR telah mengumukan bahawa warganegara Malaysia yang sedang menetap di luar negara kecuali Singapura, Thailand Selatan (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Kalimantan dan Brunei akan dibenarkan untuk memohon sebagai pengundi pos jika mereka telah berada di dalam Malaysia sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh lima tahun. Anda boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos atau misi Malaysia di luar negara (kedutaan, konsulat agung, suruhanjaya tinggi, Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei dan Misi Kekal Malaysia kepada Bangsa-Bangsa Bersatu di Genevca). Anda hanya perlu mendaftar sekali dalam seumur hidup; walaubagaimanapun, pendaftaran tersebut akan mengambil masa di antara 3 hingga 6 bulan selepas anda mendaftar untuk daftar pemilih diwartakan. Untuk memeriksa jika anda sudahpun didaftarkan, sila masukkan nombor Kad Pengenalan anda di http://daftar.spr.gov.my/. Pelajar dan kakitangan kerajaan yang telah mendaftar sebagai pengundi tidak hadir, mereka akan disenaraikan sebagai ‘pemilih tidak hadir’ sebagai lokaliti mereka dan tidak perlu memohon menggunakan lampiran 1B. Sila e-mel kepada upup@spr.gov.my atau faks kepada +603-8881 1201/ 1202/ 1187

Share →